BELAJAR BERJALAN SEBELUM BERLARI

Kredit : Azizi Ali Mentor Wang

 

  1. Saya faham mengapa ramai orang begitu beria2 untuk membuat pelaburan. Pelaburan adalah seksi dan amat menggiurkan! Sapa yang tak nak melabur dan mengaut keuntungan? On top of making profits, anda juga akan rasa begitu bijak sekali!
  2. On the other hand, belajar tentang saving money, takaful dan dana rizab adalah boring (kepada ramai orang). As a side note, inilah sebabnya mengapa kelas saham, emas, option dan hartanah begitu popular. Tak ramai – mungkin tak ada siapa – yang sanggup membayar untuk belajar bagaimana nak simpan wang, pilih takaful, bina dana rizab dan menguruskan hutang, walaupun semua subjek2 ini adalah lebih penting daripada membuat pelaburan.
  3. Realitinya, anda perlu mempelajarinya dan malah perlu master 4 subjek ini kerana mereka adalah kritikal dalam kewangan dan sudah tentu untuk membina kekayaan. Tanpa ilmu2 ini, wang anda masuk perlahan tetapi terbang keluar bak jet pejuang! Dan jika situasi ini berterusan, akibatnya amat buruk sekali – usia anda akan bertambah tetapi keadaan kewangan anda tetap dalam kesempitan.
  4. Jadi belajar untuk menyimpan wang, memilih takaful, membina dana rizab dan menguruskan hutang dulu sebelum mempelajari ilmu pelaburan. Dalam kata lain, belajar berjalan dulu sebelum berlari. Saya berjanji yang anda tidak akan menyesal mempelajari semua ilmu2 ini.

1 thought on “BELAJAR BERJALAN SEBELUM BERLARI”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *