PUSAKA & WASIAT

  • Pusaka dan Wasiat (akan datang).

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya :

“Belajarlah ilmu faraid kerana sesungguhnya ia sebahagian dari agama kamu dan ajarkanlah ia kepada manusia kerana sesungguhnya ia merupakan separuh ilmu, dan sesungguhnya ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah ilmu pertama yang akan dicabut dari umatku.”

Hadis riwayat Hakim dan Abu Daud dari Abu Hurairah.

 

Manfaat Pelajari Ilmu Faraid

  • Menyelesai tanggungjawab fardu kifayah dalam masyarakat.
  • Terhindar daripada memakan harta secara batil sama ada dengan merampas atau memiliki harta kepunyaan orang lain terutamanya saudara sendiri.
  • Terhindar dari salah faham dan pertelingkahan dalam kalangan waris yang boleh membawa kepada putusnya tali silaturrahim sesama ahli keluarga.
  • Memberi kesedaran kepada ahli waris untuk segera menyelesaikan pembahagian harta pusaka bagi mengelakkan penangguhan pembahagian.